Jump to content

Welcome to Autoworld Forum !

Sign In or Register to gain full access to our forums. By registering with us, you'll be able to discuss, share and private message with other members of our community.

Close
Photo

Pengganti minyak hitam? MINYAK MASAK!!


  • Please log in to reply

#1
teman8778

Posted 14 November 2008 - 06:43 PM

teman8778

    Taxi Driver

  • Members
  • PipPip
  • 295 posts
http://www.kosmo.com...mo/content.asp?
y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm


PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh
digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan
minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta
mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar
berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga
RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua
paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau
servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang
RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol,
kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari
sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu
enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan
untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila
mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi
mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir
pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas
hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak
sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak
ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi
dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu
berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi
kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia
minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas
bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit
sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna
kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir
enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan
sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung,
sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku,"
katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat
dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160
dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket
kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak
masak sebagai pelincir enjin kereta.

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak
masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my.

Orang ramai juga boleh melayari laman web
http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang
sama. - Bernama




Benarkah boleh...? Kalau ada sesapa yang tahu berapa gred minyak masak ni?

Ada sesiapa yang berani cuba?
Sila beri komen anda...

#2
fkmfkm

Posted 14 November 2008 - 11:31 PM

fkmfkm

    White Lightning

  • Members
  • PipPipPip
  • 5,021 posts
Nak masak ape ?

#3
teman8778

Posted 15 November 2008 - 11:37 PM

teman8778

    Taxi Driver

  • Members
  • PipPip
  • 295 posts
fkmfkm,
bukan nak masak apa cuma minyak masak tu buleh digunakan sebagai minyak
pelincir...ada berani?

#4
fkmfkm

Posted 16 November 2008 - 01:03 AM

fkmfkm

    White Lightning

  • Members
  • PipPipPip
  • 5,021 posts
oh..i tot u want to cook something with the car engine..

#5
monoezwan

Posted 16 November 2008 - 01:15 PM

monoezwan

    6th Gear

  • Members
  • 9 posts
kalau guna minyak masak ganti petrol,harga minyak masak naik la plak....
skrg pun dah mahal miyak masak, cari alternatif lain la.....Angry

#6
teman8778

Posted 16 November 2008 - 06:41 PM

teman8778

    Taxi Driver

  • Members
  • PipPip
  • 295 posts
ha ha ha .. mau masak dgn enjin ka?..
buat lawak ye?..
Terbaca dalam Harian Metro aja.
Kalau ikut lecturer/guru yang bertugas dalam makmal..mereka beritahu saya
bahawa minyak SAWIT berupaya menjadi pelincir untuk enjin cuma tidak tahu
Gred berapa minyak tsb.

En Monoezwan, minyak untuk enjin bukan utk ganti petrol..

#7
Esky

Posted 17 November 2008 - 11:20 AM

Esky

    Tokyo Drifter

  • Members
  • PipPipPip
  • 3,954 posts
Read about this on another forum. Wouldn't mind trying it on my car if it's
due for an overhaul or the scrap yard! Big Smile

Anyone still remember the Marvel Energy company which produced the
fuel-saving additive derived from palm oil? They also had a palm
oil-derived engine oil, but some engines had serious sludge problem after
using it.


#8
netmatrix

Posted 22 December 2008 - 09:43 AM

netmatrix

    Probation

  • Members
  • Pip
  • 27 posts
I remember that Marvel Energy oil company during the 90s'. Their RM95 fuel booster was very impressive. But i'm not impressed with the engine oil additive. I still remeber he did a demo in Sg Wang with a grass cutter machine.

#9
Esky

Posted 22 December 2008 - 10:48 AM

Esky

    Tokyo Drifter

  • Members
  • PipPipPip
  • 3,954 posts
RM95 fuel booster? I don't recall that... only remember their palm oil-based fuel additive, around RM10+~20/bottle. I've also seen their demo, somewhat impressive, as, after the inventor added the concentrated active ingredient into the fuel, the grass cutter engine's rev went up quite a lot, without him touching the throttle!
Faster acceleration, less fuel consumption - SURBO

> XLIQ <

~ Think great oil at great price, think Esky ~
Amsoil | German Castrol | Royal Purple | Mobil 1 | Mobil 1 EP | Motul

#10
cucuk

Posted 31 December 2008 - 02:10 PM

cucuk

    White Lightning

  • Members
  • PipPipPip
  • 6,140 posts
i think there was a research paper done by thais using palm oil as lubricant oil for motorcycle, they compare it to normal sae40 mineral and found that the palm oil has higher viscosity index but u need to hv some sort of additive to make the palm oil more effective as engine oil, something like that