Skuter/Motor sesuai untuk perempuan
#11
Posted 28 June 2005 - 03:07 PM
kalo mira perasan ramai girl bawak ulang alik kemana2.. termasuk la yg
berkerja..
look cute.. Price pun 5,K ++
#12
Posted 28 June 2005 - 03:35 PM
baru teringat ada pernah nampak beberapa kali kat jalan. lawa :) tapi
nampak garang sket skuter tu. tak penah nampak girl bawak moskito lagi. ok
ker kalau girl cam mira bawak...siap pakai baju kurung lagi...tak hilang
keayuaan ker ? heheheh
comel tak bagus yer? pesal tak bagus ?
#13
Posted 28 June 2005 - 06:36 PM
ooo nak beli skuter.. kalau nak beli jgn ambik comel tau, nanti selalu
rosak. sat ni muka comel jadi comot. gadis ayu jadi layu..
dicadangkan ambik modenas ceria 100cc atau karisma 125cc. yang ni ramai
pompuan pakai... cuba mira check thread small bike yg lain lain. boleh
dpt banyak info. Yamaha ego pun ok gak utk mira. maintenance lebih murah
dari skuter biasa....
#14
Posted 28 June 2005 - 08:56 PM
kalo badan kecik ... beli ler YAMAHA EGO
kalau badan besaq ... boleh beli modenas elegan
pompuan sesuai pakai skuter handling senang.. auto
#15
Posted 29 June 2005 - 08:43 AM
di mana ada gula..ramailah semut datang..heheheh..cheerss alll...
#16
Posted 29 June 2005 - 10:26 AM
mentang la ada awek cun yg tanya :-)
Tapi kan memang anggun la kalau awek pakai baju kurung bawak scooter.
Kepit kepit gitu tapi awas!! Jangan cilok sampai terjatuh...buruk!!
:-)
#17
Posted 29 June 2005 - 10:41 AM
kalau kurang tinggi boleh afundi Yamaha Nouvo.
#18
Posted 29 June 2005 - 11:49 AM
bawak. ooo comel selalu rosak yer...takmo la beli comel. semalam ada pegi
kedai moto, survey2, tgk yamaha ego tu ok gak. moskito pun mira suka, cuma
lebih bajet mira la. macam2 jenis skuter ada... rambang mata gak, org kedai
tu bila tanya semuanya cakap bagus, mentang2la mira ni pompuan, tak tahu
pasal moto. tapi ok la, org kedai tu layan mira beriya2, siap kata nak bagi
macam2 free gift, nak bagi helmet free lagi kalo mira beli skuter kat kedai
dia :)
#19
Posted 29 June 2005 - 06:33 PM
free gift yg standard kat mana mana kedai will be sebiji helmet biasa &
sehelai raincoat. kalau takat benda tu je, mana mana kedai bole bagi..
ngoratle toke kedai tu lebih sikit. kalau bagi helmat, mintak la helmet
yg cun sikit.
nak tanya lagi ni, berapa jarak rumah mira ngan tpt keje? distance pun
boleh mempengaruhi skuter yg sesuai utk mira...
#20
Posted 30 June 2005 - 08:39 AM
kat mana2 kedai...baru satu jer kedai mira pegi. seb baik gak mira tanya
kat forum ni kan, banyak gak mira dapat tahu. org kedai tu offer helmet 2
bijik, raincoat ngan keychain. camner nak mintak helmet yg cun ? helmet
aper yg cun ?
anyway hasadi78, distance umah mira ngan office dalam 30 km sehala. apa
maksud distance leh mempengaruhi skuter yg sesuai ?